Monday, 12 September 2011

Naning

Naning ialah suatu kawasan di Melaka, Malaysia. Bagaimanapun, ia merupakan salah satu negeri asal yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16. Naning mula diteroka oleh orang Minangkabau yang berhijrah daripada Sumatera pada abad yang ke-13. Naning mengamalkan Adat Perpatih dan diperintah oleh seorang Penghulu yang dikenali sebagai Undang.


Peneroka awal

Kumpulan keluarga yang mula-mula sampai dan meneroka Naning adalah seperti berikut[1]:-
  1. Kumpulan keluarga Nan Bogajah Tungga
  2. Kumpulan keluarga Semelenggang
  3. Kumpulan keluarga Tiga Batu
  4. Kumpulan keluarga Mungka
  5. Kumpulan keluarga Anak Melaka

Asal usul nama

Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang Naning (binatang penyengat yang bisa) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh[2].

Naning jatuh ke tangan penjajah

Rencana utama: Perang Naning
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan.[3]. Setelah itu Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833.


Undang Naning

Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambilalih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641 dan Naning dikira termasuk didalam pengaruh Belanda. Jawatan tersebut diwujudkan diatas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning.[4][5]
Bil.UndangPemerintahan
1.Dato' Megat Alam Melintang1641[5] -
2.Dato' Megat Junjungan Limau-
3.Dato' Juara Megat1703 -
4.Dato' Kokah Bernama Zohri-
5.Dato' Gahang Berbulu-
6.Dato' Selamat Idris-
7.Dato' Timbo-
8.Dato' Anjak1786 - 1801
9.Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said1801 - 1849
10.Dato' Idas1849 - 1870[6]
11.Dato' Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim1870 - 1900[6]
12.Dato' Ranting1900[6] -
13.Dato' Hassan- 1916[6]
14.Dato' Omar Bin Hassan1918 - 1923 [7]
15.Dato' Arshad1923 - 1932[7]
16.Dato' Osman bin Kering1932 - 1942 [7]
17.Dato' Cek Lah bin Mohd Sab- 1949[7]
18.Dato' Mohd Shah bin Mohd Said al-haj1951 - 2004[8]
19.Dato' Abdul Latif bin Hj. Hashim[8]2004 - sekarang

Kawasan Naning

Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-
  1. Ramuan China Besar
  2. Ramuan Cina Kecil
  3. Sungai Baru Ulu
  4. Masjid Tanah
  5. Sungai Siput
  6. Berisu
  7. Ayer Paabas
  8. Lendu
  9. Sungai Buloh
  10. Melekek
  11. Taboh Naning
  12. Pegoh
  13. Kelemak
  14. Pulau Sebang
  15. Tanjung Rimau
  16. Padang Sebang
  17. Gadek
  18. Melaka Pindah
  19. Rembia
  20. Sungai Petai
  21. Kemmunig
  22. Tebong
  1. Batang Melaka
  2. Jus
  3. Nyalas

No comments:

Post a Comment