Monday, 12 September 2011

Naning

Naning ialah suatu kawasan di Melaka, Malaysia. Bagaimanapun, ia merupakan salah satu negeri asal yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16. Naning mula diteroka oleh orang Minangkabau yang berhijrah daripada Sumatera pada abad yang ke-13. Naning mengamalkan Adat Perpatih dan diperintah oleh seorang Penghulu yang dikenali sebagai Undang.


Peneroka awal

Kumpulan keluarga yang mula-mula sampai dan meneroka Naning adalah seperti berikut[1]:-
  1. Kumpulan keluarga Nan Bogajah Tungga
  2. Kumpulan keluarga Semelenggang
  3. Kumpulan keluarga Tiga Batu
  4. Kumpulan keluarga Mungka
  5. Kumpulan keluarga Anak Melaka

Asal usul nama

Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang Naning (binatang penyengat yang bisa) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh[2].

Naning jatuh ke tangan penjajah

Rencana utama: Perang Naning
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan.[3]. Setelah itu Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833.


Undang Naning

Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambilalih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641 dan Naning dikira termasuk didalam pengaruh Belanda. Jawatan tersebut diwujudkan diatas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning.[4][5]
Bil.UndangPemerintahan
1.Dato' Megat Alam Melintang1641[5] -
2.Dato' Megat Junjungan Limau-
3.Dato' Juara Megat1703 -
4.Dato' Kokah Bernama Zohri-
5.Dato' Gahang Berbulu-
6.Dato' Selamat Idris-
7.Dato' Timbo-
8.Dato' Anjak1786 - 1801
9.Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said1801 - 1849
10.Dato' Idas1849 - 1870[6]
11.Dato' Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim1870 - 1900[6]
12.Dato' Ranting1900[6] -
13.Dato' Hassan- 1916[6]
14.Dato' Omar Bin Hassan1918 - 1923 [7]
15.Dato' Arshad1923 - 1932[7]
16.Dato' Osman bin Kering1932 - 1942 [7]
17.Dato' Cek Lah bin Mohd Sab- 1949[7]
18.Dato' Mohd Shah bin Mohd Said al-haj1951 - 2004[8]
19.Dato' Abdul Latif bin Hj. Hashim[8]2004 - sekarang

Kawasan Naning

Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-
  1. Ramuan China Besar
  2. Ramuan Cina Kecil
  3. Sungai Baru Ulu
  4. Masjid Tanah
  5. Sungai Siput
  6. Berisu
  7. Ayer Paabas
  8. Lendu
  9. Sungai Buloh
  10. Melekek
  11. Taboh Naning
  12. Pegoh
  13. Kelemak
  14. Pulau Sebang
  15. Tanjung Rimau
  16. Padang Sebang
  17. Gadek
  18. Melaka Pindah
  19. Rembia
  20. Sungai Petai
  21. Kemmunig
  22. Tebong
  1. Batang Melaka
  2. Jus
  3. Nyalas

Perang Naning

Perang Naning adalah satu peperangan yang berlaku pada tahun 1831 di antara berlaku penduduk Naning yang diketuai oleh Dato' Dol Said dengan pasukan tentera British di Naning (kini sebahagian daripada daerah Alor Gajah, Melaka).

Sejarah

Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa, tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu[1].
Dato' Dol Said yang ketika itu menjadi Penghulu Naning membantah perintah membayar cukai tersebut. Berikutan itu, pada tahun 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh Inggeris untuk menyerang Naning bagi menghapuskan Dato' Dol Said dan pengikutnya.
Dalam Perang Naning pertama yang berlangsung selama 18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, pihak Inggeris ini telah berjaya ditewaskan oleh orang-orang Naning dibawah pimpinan Dato' Dol Said dengan bantuan orang-orang Rembau dibawah pimpinan Syed Shaaban menantu Raja Ali.
Inggeris tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Pasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan Inggeris pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Dol Said


Dato' Dol Said bin Omar, atau Abdul Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan[1]Perang Naning yang berlaku pada tahun1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.
Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

Sunday, 11 September 2011

Perak Man


Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. [1]
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformityyang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

Tuesday, 6 September 2011

Tun Sri Lanang


un Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan SultanTerengganu.
Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor ke-11 dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah(Pengarang Hikayat Abdullah).

[sunting]Kehidupan Di Aceh

Ketika Perang Batu Sawar pada tahun 1613 berlaku, beliau dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah IIISultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah(Sultan Abdullah Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23000 rakyat Johor. Mereka yang ditawan itu dilayan baik oleh sultan Aceh malah Raja Abdullah sendiri dikahwinkan dengan adinda sultan Aceh,Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang bernama Ratna Jauhari.
Pada akhir tahun 1613, Raja Abdullah dihantar pulang bersama-sama dengan 2000 tentera Aceh dan diberikan sejumlah wang oleh Iskandar Muda untuk membina semula kota Batu Sawar. Pada tahun1614Sultan Alauddin dibenarkan pulang setelah baginda berjanji untuk membantu Aceh melawan Portugis.
Namun sebahagian besar rakyat Johor memilih untuk menetap di Aceh dan ditempatkan oleh sultan Aceh di jajahan bernama Samalanga termasuk Tun Seri Lanang yang dilantik sebagai ''Uleebalang''atau gabenor Samalanga dan diberi gelaran ''' "Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang" ''' oleh Aceh dan di Johor, beliau digelar '''Dato' yang ke Aceh''' .

[sunting]Uleebalang Samalanga

Tun Seri Lanang dilantik sebagai uleebalang Samalanga yang pertama yang terletak di pesisir timur Aceh pada tahun 1613 dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun1659 di SamalangaAceh.
Beliau telah menjadikan Samalanga sebagai pusat pendidikan di Kesultanan Aceh Darussalam. Beliau banyak membangunkan banyak masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadahtetapi juga pusat pengajian Islam seperti Kuta BlangMesjid Raya dan Masjid Matang Wakeuh.
Keturunan beliau Aceh yang telah bercampur baur dengan bangsawan Aceh, banyak yang menjadi tokoh terkenal seperti Pocut Meuligo-''Srikandi Aceh''Amponsyik Teuku Muda BugisuleebalangSamalanga yang berhasil menewaskan Belanda dalam Perang Aceh(1873-1942) pada tahun 1881Teuku Hamid AzwarTeuku Daud Shah dan Teuku H Zainal Abidin Bendahara serta banyak lagi.

[sunting]